Berikut adalah asas-asas yang perlu difahami dalam menentukan darah yang keluar dari faraj seornag wanita itu adalah darah haid:
1) Sekuarang-kurang umur wanita yang didatangi haid adalah 9 tahun.
2) Sekurang-kurang tempoh keluar darah haid adalah sehari semalam (24 jam) yang terkumpul dalam tempoh selama 15 hari.
3) Tempoh paling lama darah haid adalah 15 hari.
4) Tempoh Suci antara 2 haid hendaklah sekurang-kurangnya 15 hari.
4) Darah yang keluar itu bukan menyusul selepas wiladah
Asas-asas di atas boleh dijadikan fomula untuk menjawab permasalahan mengenai haid.
Darah Istihadah bukan haid. Wanita yang didatangi Istihadah dihukumkan wanita yang berada dalam keadaan suci.
Menurut apa yang dikatakan oleh Buya Yahya, Istihadah itu boleh dipecahkan kepada dua iaitu:
a) Istihadah Sughra
-Keluar darah sebelum umur 9 tahun.-Keluar darah dalam tempoh 15 hari dengan jumlah terkumpul kurang daripada 24 jam.
-Darah yang keluar menyusul selepas masa suci dalam tempoh tak sampai 15 hari.
b) Istihadah Kubra.
- Darah yang keluar selepas 15 hari darah haid.(Ini berdasarkan kaedah umum)
-
7 Kategori Istihadhah:
- Mubtada'ah Ghairi Mumayyizah
- Mubtada'ah Mumayyizah
- Mu'tadah Ghairi Mumayyizah
- Mu'tadah Mumayyizah
- Mutahayyirah Al-Mutlaqah
- Mutahayyirah Az-Zakirah Li Waqtin An-Nasi-ah Lil Adad
- Mutahayyirah Ad-Zakirah Lil Adad An-nasi-ah Lil Waqt
Beberapa Catatan:
- Menurut Jumhur, tempoh haid dan suci masing-masing 15 hari tetapi menurut Mazhab Hambali, tempoh kedua-duanya adalah 13 hari.
- Jika darah keluar selepas tempoh maksima nifas iaitu 60 hari, maka darah itu adalah istihadah.
- Jika selepas haid ( katakan 6 hari) , lalu berlaku tempoh suci selama 11 hari (kurang 4 hari dari tempoh minima suci), maka 4 hari itu diambil daripada hari-hari keluar darah selepas suci itu. Jika selepas suci itu keluar darah selama 6 hari lagi, maka diambil 4 hari dan anggap ia sebagai masa istihadah untuk cukupkan bilangan 15 hari suci. Maka hanya dua hari berbaki itulah dikatakan berdarah haid.
- Jika tempoh haid dikira mengikut kebiasaan iaitu 7 hari, maka tempoh suci adalah 23 hari.
- Jika tempoh suci adalah 24 jam, maka tempoh suci mencapai 29 hari.
- Jika darah tersebut keluar secara putus-putus dan tidak berterusan, maka kaedah pengiraannya ialah dengan mengumpulkan keseluruhan tempoh darah keluar sepanjang 15 hari
- Seandainya tempoh keseluruhannya cukup sehari semalam, maka darah tersebut dihukumkan sebagai darah haid.
No comments:
Post a Comment