Wednesday, September 11, 2024

JAMAK DAN QASAR: JAMAK DI PERMUKIMAN

 Jamak solat dibenarkan kerana Hajat.Cuma tidak boleh dijadikan adat.  Inilah satu pandangan yang diangkat dalam fatwa Misriyyah. Hanya, jika itu diperlukan, ianya hanya jamak solat yang dibenarkan jamak iaitu Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Insya. Ini tidak bermakna solat Rubaiyyah itu dibenarkan dilakukan dalam keadaan Qasar.


Rujuk: Darul Ifta Al-Misriyyah


Keuzuran untuk Jamak Solat di permukiman yang dittifaqkan olkeh para ulama adalah:

1) Sakit

2) Hujan

Sebahagian ulama mengharuskan jamak jika ada sebarang masyaqqah yang menghalang solat dilakukan pada waktunya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dalam Saheh Muslim, Ahmad , Abu Daud dan Tarmizi daripada Ibn Abbas :

جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ مِنْ غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا مَطَرٍ، فَقِيلَ لِابْنِ عَبَّاسٍ: مَا أَرَادَ إِلَى ذَلِكَ؟ قَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ

Rasulullah s.a.w. menggabungkan solat zuhur, asar, Maghrib dan Isya di Madinah bukan kerana rasa takut atau hujan, lalu dikatakan kepada Ibn Abbas: Apakah yang dia maksudkan dengan itu? Dia berkata: Dia tidak mahu menyulitkamn ummatnya.



Ibn Hajar menukilkan dalam Fathul Bari:


وَقَدْ ذَهَبَ جَمَاعَةٌ مِنَ الْأَئِمَّةِ إِلَى الْأَخْذِ بِظَاهِرِ هَذَا الْحَدِيثِ، فَجَوَّزُوا الْجَمْعَ فِي الْحَضَرِ لِلْحَاجَةِ مُطْلَقًا؛ لَكِنْ بِشَرْطِ أَنْ لَا يُتَّخَذَ ذَلِكَ عَادَةً، وَمِمَّنْ قَالَ بِهِ ابن سِيرِين وَرَبِيعَة وَأَشْهَب وابن الْمُنْذِرِ وَالْقَفَّالُ الْكَبِيرُ، وَحَكَاهُ الْخَطَّابِيُّ عَنْ جَمَاعَةٍ مِنْ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ ..

Sekumpulan imam berpandangan tentang maksud hadis ini dengan mengambil makna zahirnya lalu mereka mengharuskan jamak solat di permukiman untuk keperluan; Tetapi dengan syarat ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan, dan di antara mereka yang mengatakannya ialah Ibn Sirin, Rabi'ah, Ashhab, Ibn al-Mundhir, dan al-Qaffal al-Kabir, dan al-Khattabi meriwayatkannya daripada sekumpulan daripada Ahlul Hadis..



Saya pernah membuat keputusan untuk almarhumah ibu saya yang ketika sakitnya untuk solat jamak. Ia berlangsung lama kerana sakitnya agak lama. Ibu saya solat jamak di katilnya. Alhamdulillah, ibu saya tidak meninggalkan solat sehingga wafatnya.

Dalam beberapa kuliah, saya memberi huraian pandangan dengan membawa misalan dalam majlis kenduru walimatul urus. Jika tuan rumah penganmtin sibu menyambut tetamu, maka hendaklah dia jamak solatnya untuk memudahkannya.

Sewaktu saya mendaki gunung Tapis di Kuantan, saya tidak punya tempat untuk solat semasa pendaklian dan turun. Maka saya Jamak solat saya secara ta'khir apabila sampai di kekaki hgunung dan masih dalam waktu asar.

Contoh yang sering kita dengar adalah doktor bedah diharuskan menjamakkan solatnya kerana urusan pembedahan.

Sebenarnya,  banyak contoh lain yang boleh dimisilkan. Hanya tuan punya badan yang tahu nilai masyaqqahnya. Maka atas prinsip:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ 
"Bertakwalah kepada Allah sedaya kamu"

Maka, lakukanlah solat sedaya kamu.Daya dan kemampuan kamu diputuskan oleh iman dan takwamu. Ia bukan mengikut penjelasan dan ukuran orang lain. Tidak mufti dan tidak guru. Skalipun nabi , dia tidak mengetahui tahap tenaga dan upayamu. Kamu sendirilah yang mengukurnya. Jika kamu ada masyqqah, maka aghama memberimu keringanan. 









Sunday, September 8, 2024

FEQAH WANITA: MASALAH HAID

 Berikut adalah asas-asas yang perlu difahami dalam menentukan darah yang keluar dari faraj seornag wanita itu adalah darah haid:

1) Sekuarang-kurang umur wanita yang didatangi haid adalah 9 tahun.

2) Sekurang-kurang tempoh keluar darah haid adalah sehari semalam (24 jam) yang terkumpul dalam tempoh selama 15 hari.

3) Tempoh paling lama darah  haid adalah 15 hari.

4) Tempoh Suci antara 2 haid hendaklah sekurang-kurangnya 15 hari.

4) Darah yang keluar itu bukan menyusul selepas wiladah

 

Asas-asas di atas boleh dijadikan fomula untuk menjawab permasalahan mengenai haid.


Darah Istihadah bukan haid. Wanita yang didatangi Istihadah dihukumkan wanita yang berada dalam keadaan suci.

Menurut apa yang dikatakan oleh Buya Yahya, Istihadah itu boleh dipecahkan kepada dua iaitu:

a) Istihadah Sughra

-Keluar darah sebelum umur 9 tahun. 

-Keluar darah dalam tempoh 15 hari dengan jumlah terkumpul  kurang daripada 24 jam.

-Darah yang keluar menyusul selepas masa suci dalam tempoh tak sampai 15 hari. 

 

b) Istihadah Kubra. 

- Darah yang keluar selepas 15 hari darah haid.(Ini berdasarkan kaedah umum)

7 Kategori Istihadhah:

  1. Mubtada'ah Ghairi Mumayyizah
  2. Mubtada'ah Mumayyizah
  3. Mu'tadah Ghairi Mumayyizah
  4. Mu'tadah Mumayyizah
  5. Mutahayyirah Al-Mutlaqah
  6. Mutahayyirah Az-Zakirah Li Waqtin An-Nasi-ah Lil Adad
  7. Mutahayyirah Ad-Zakirah Lil Adad An-nasi-ah Lil Waqt


Beberapa Catatan:

  • Menurut Jumhur, tempoh haid dan suci masing-masing 15 hari tetapi menurut Mazhab Hambali, tempoh kedua-duanya adalah 13 hari.
  • Jika darah keluar selepas tempoh maksima nifas iaitu 60 hari, maka darah itu adalah istihadah.
  • Jika selepas haid ( katakan 6 hari) , lalu berlaku tempoh suci selama 11 hari (kurang 4 hari dari tempoh minima suci), maka 4 hari itu diambil daripada hari-hari keluar darah selepas suci itu. Jika selepas suci itu keluar darah selama 6 hari lagi, maka diambil 4 hari dan anggap ia sebagai masa istihadah untuk cukupkan bilangan 15 hari suci. Maka hanya dua hari berbaki itulah dikatakan berdarah haid.
  • Jika tempoh haid dikira mengikut kebiasaan iaitu 7 hari, maka tempoh suci adalah 23 hari.
  • Jika tempoh suci adalah 24 jam, maka tempoh suci mencapai 29 hari.
  • Jika darah tersebut keluar secara putus-putus dan tidak berterusan, maka kaedah pengiraannya ialah dengan mengumpulkan keseluruhan tempoh darah keluar sepanjang 15 hari
  • Seandainya tempoh keseluruhannya cukup sehari semalam, maka darah tersebut dihukumkan sebagai darah haid.


Pembahagian Surah Dalam Quran

 Surah-surah dalam Al-Quran dibahagian kepada 4 kategori:

1) 7 Surah panjang ( Sab'uttiwal) iaitu:

  1. Al-baqarah
  2. Ali Imran
  3. An-Nisak
  4. Al-maidah
  5. Al-An'am
  6. Al-A'raf
  7. Khilaf kalangan ulama surah ketujuh: Al-Anfal, At-taubah, Yunus, Al-Kahfi - Pendapat yang paling Kuat adalah Anfal dan Taubah kerana dianggap satu Surah)
2) Surah Seratus (Al-Mi-uun)
- Iaitu Surah-surah yang ayatnya melebihi 100 ayat  atau hampir-hampir seratus ayat. 
Ada 11 Surah
-Contohnya Surah Al-Kahfi dan Al-Isra'

3) Surah Al-Mathani 

iaitu yang bilangan ayatnya antara 60 ayat ke 70 ayat
-Contohnya Surah Al-Ghafir dan Al-Ahzab
-Jumlah Surahnya adalah 20 surah.

4) Surah Al-Mufassal

Ada 3 kategori bagi surah-surah ini:
a) Tiwal- dari Surah Qaf hingga Amma
b) Awasit- dari Amma hingga Ad-duha
c) Qisar- dari Ad-duha hingga annas.


Sedekah tidak kurangkan harta, jadilah pemaaf, tidak akan hina, rendahkan diri, nanti akan dimuliakan.

 Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah terdapat dalam saheh Muslim (No Hadis) 2588): Sabda Rasulullah SAW: ما نَقَصَتْ صَدَقةٌ مِن مالٍ، وما ...