Tuesday, July 30, 2024

TAFSIR BID'I: KALIMAH IMAM DIERTIKAN SEBAGAI PARA IBU

 Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk, ayat 71:




يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ ۖ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا


Tafsir makna Imam dalam ayat adalah Imam dalam hidayah. Maka pada hari akhirat, setiap orang akan diseru sebagai pengikut imam hidayahnya. Mereka adalah para nabi Allah yang menyampaikan hidayah untuk diikuti manusia.

Namun, Zamakhsyari dalam tafsirnya, aL-KASYYAF, menafsirkan Imam itu sebagai ibu-ibu. Ertinya, kelak di akhirat, semua oranmg akan diseru dengan berbinkan ibunya. Alasannya menafsirkan demikian adalah kerana menjaga hak nabi Allah Isa A.S dan menutup keaiban anak zina serta memuliakan Hasan dan Husain yang silsilah mereka bersambung dengan Rasulullah SAW melalui Fatimah.

Menafsirkan Imam sebagai kata jamak kepada Ummu (ibu ) adalah menyalahi tatabahasa Arab. Jamak bagi Ummu adalah Ummat atau Ummahat. Lalu bagaimana dan dengan jalan apa kalimah Imam dihubungkan dengan Ummahat?

Sementara alasan menjaga hak nabi Isa yang lahir tanpa bapa sebenarnya tidak perlu. Justeru, kelahiran tidak berbapa itu merupakan satu kemuliaan buatnya. Kemuliaan Hasan dan Husain juga tidak memerlukan rekaan cerita sedemikian. Di hari akhirat, ornag tidak lagi mempudulikan anak zina dan seumpamanya. Setiap orang ada Sya'nun Yughnih.

Maka, penafsiran ini disifatkan sebagai bid'ut tafasir oleh Abdullah Al-Ghumari dalam kitabnya Bid'uttafasir.

Menurut Abdullah Al-Ghumari, apa yang menghairankannya, bagaimana Al-Baidhawi yang merengkaskan Tafsir Zamakhsyari itu boleh mengangkat penafiran tersebut dalam kitab mulkhisnya. 

Qiraat Al-Hasan Al-Basri yang membacakan " bi kitabihim" bukan "bi Imamihim" , walaupun  syaz dan riwayat Ahad , menjadi dalil bahawa erti Imam dalam ayat bukanlah ibu tetapi kepala kepada millah atau hidayah. Lagi pula , apalah ertinya diseru seseorang berbinkan ibunya sedangkan konteks ayat adalah mengenai kejayaan ahlul haq dan kerugian ahlu batil.


Rujuk : Bid'uttafasir, Abdullah Al-Ghumari, ms78-79

Monday, July 29, 2024

Allah Dialah 'Alimul Ghaib'

  •  Di antara Usul Akidah kita adalah bahawa hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui perkara -perkara ghaib. Dia mengkhususkan dirinya sebagai 'Alimul ghaib' 
  • Jika ada selain Allah yang mengaku mempunyai pengetahuan mengenai hal-hail yang ghaib secara mutlak, maka itu menyalahi usul akidah kita.
  • PEMBAHAGIAN PERKARA GHAIB: 
  1. Ghaib Mutlak 


  1. Ghaib Nisbi.

Iaitu perkara yang diketahui oleh sebahagian orang dengan jalan tertentu seperti apa yang para nabi tahu melalui jalan wahyu, ekperimen atau alat-alat moden. Sebahagian ornag tahu mengenainya dan sebahagian yang lain tidak tahu. Umapanya apa yang ada dalam paras bawah bumi, atau di atas angkasa.

Rujuk: Islamqa 

  • Allah berfirman dalam surah At-Tgahabun: 18:

عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 

" Dialah Allah yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata an dialah yang maha mulia lagi bijaksana".
  • Allah SWT menafikan selainNYa daripada mengatahui perkara yang ghaib. Firman Allah :
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ 

(An-Namlu: 65)

وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 

(Al-An'am:59)

Ada lima kunci perkara ghaib yang tidak diketahuinya melainkan Allah SWT.

إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
(Luqman: 34)

Para malaikat yang menghuni langit pun tidak mengetahui perkara ghaib kecuali yang Allah SWT dedahkan buat mereka.


Para nabi dan Rasul yang mulia juga tidak mengetahuinya:

وَلاَ أَقُولُ لَكُمْ عِندِي خَزَآئِنُ اللّهِ وَلاَ أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلاَ أَقُولُ إِنِّي مَلَكٌ وَلاَ أَقُولُ لِلَّذِينَ تَزْدَرِي أَعْيُنُكُمْ لَن يُؤْتِيَهُمُ اللّهُ خَيْراً اللّهُ أَعْلَمُ بِمَا فِي أَنفُسِهِمْ إِنِّي إِذاً لَّمِنَ الظَّالِمِينَ

(Surah Hud : 31)

Nabi Muhammad SAW sendiri menegaskan bahawa dia tidak punyai pengetahuan tentang hal yang ghaib melainkan apa yang diwahyukan kepadanya. Allah berfirman:


قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعاً وَلاَ ضَرّاً إِلاَّ مَا شَاء اللّهُ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاَسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَاْ إِلاَّ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ 

(Al-A'raf: 188)

Jin juga tidak mengetahui perkara ghaib. Jika ia seperti mengkhabarkan perkara ghaib, maka ia cuma apa yang ia curi cengar daripada perbicaraan malaikat dilangit. Selebihnya , jin banyak berdusta dalam meriwayatkan hal-hal ghaib. Firman Allah SWT:
إِلاَّ مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُّبِينٌ 

(Surah Al-Hijr: 18)



Hadis Abdullah bin Mas'ud dna diriwayatkan Ahmad dalam Musnadnya, bahawa Nabi SAW bersabda:

من أتى كاهناً أو عرافاً فصدقه بما يقول ، فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم


Baca: Saaid.org







Sedekah tidak kurangkan harta, jadilah pemaaf, tidak akan hina, rendahkan diri, nanti akan dimuliakan.

 Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah terdapat dalam saheh Muslim (No Hadis) 2588): Sabda Rasulullah SAW: ما نَقَصَتْ صَدَقةٌ مِن مالٍ، وما ...