Tuesday, November 12, 2024

Sedekah tidak kurangkan harta, jadilah pemaaf, tidak akan hina, rendahkan diri, nanti akan dimuliakan.

 Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah terdapat dalam saheh Muslim (No Hadis) 2588):

Sabda Rasulullah SAW:


ما نَقَصَتْ صَدَقةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ إلَّا عِزًّا، وما تَواضَعَ أحَدٌ للَّهِ إلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ.


"Sedekah tidak akan mengurangkan harta. Sikap pemaaf seseorang hamba akan menambahkan kemuliaannya. Sorang yang tawadhuk kerana Allah . akan diangkat darjatnya oleh Allah SWT"


Mengenai sedekah menyebabkan harta bertambah, hal ini berlawanan dengan kaedah matematik manusia. Jika ada RM100, lalu kita sedekahkan RM50 , maka dari segi hukum matematik, wang  yang ada akan berkurang . Tinggal lagi RM50. Namun, Nabi SAW mengajarkan kita satu konsep yang berbeza. Harta tak akan berkurang dengan sedekah. Bahkan harta itu akan berganda.

Seperti ditegaskan dalam Quran Al-Baqarah ayat 261:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (261)


Demikian pula firman Allah SWT dalam Surah Saba' ayat 39:

{وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ}


Dalam hadis Qudsi riwayat Imam Bukhari dalam Sahehnya (No. 4684): Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


 قالَ اللَّهُ عزَّ وجلَّ: أنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ. وقالَ: يَدُ اللَّهِ مَلْأَى، لا تَغِيضُها نَفَقَةٌ، سَحَّاءُ اللَّيْلَ والنَّهارَ. وقالَ: أرَأَيْتُمْ ما أنْفَقَ مُنْذُ خَلَقَ السَّماءَ والأرْضَ؟! فإنَّه لَمْ يَغِضْ ما في يَدِهِ، وكانَ عَرْشُهُ علَى الماءِ، وبِيَدِهِ المِيزانُ يَخْفِضُ ويَرْفَعُ.


Kekadang, timbul kemusykilan di kalangan orang. Ada orang banyak infaqnya tetapi tidak jadi kaya hartanya. Ada pula orang kedekut dan bakhil, hartanya bertambah. Apakah hadis nabi SAW mengenainya berdusta. katanya siapa yang suka infaq akan kaya. mana kayanya?


Ini adalah ujian dan cubaan Allah. Orang beriman kena faham dengan betul. orang beriman  kena yakin bahawa "khalaf" yang dijanjikan buat orang yang infaq itu tidak semestinya dalam bentuk mata benda semata. Mata benda itu barang murah dan rendah nilainya.  Khalaf yang dijanjikan itu boleh jadi  kebahagian hidup, sihat tubuh badan, berkat, hati tenang, luas pemikiran, manis dalam iman dan sebagainya. Bahkan apa yang disediakan di akhirat adalah mahal dan lebih berharga. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan dan membetulkan pemahaman konsep ini dalam jawapannya.

(Rujuk: Al-Qardhawi.net)

Terdapat cerita menarik mengenai perkataan Dr. Sulaiman Abdul Aziz Ar-Rajihi, jutawan Arab Saudi mengenai natijah infaq ini. Beliau menyatakan bahawa beliau menggunakan kaedah pelaburan dengan cara infaq.

Video: Youtube

Perkara kedua yang disebutkan dalam hadis ialah menegnai sikap pemaaf. Memang sukar nak maafkan orang. Kekadang, memaafkan itu dilihat sebagai lemah dan tidak berwibawa. Apabila orang buat salah kepada kita, membalasnya adalah dianggap hebat, tangkas dan tegas. Namun jika memaafkan , ia dilihat lemah dan dayus. Dewasa ini, banyak orang ambil tindakan mahkamah atas kesalahan ornag lain. Kes mahkamah membawa kepada saman jutaan ringgit. 

Apakah ia menambahkan kemuliaan mangsa? 

Adakah orang akan memuji mangsa yang difitnah misalnya. Dia dianggap hebat dan berwibawa bila menang kes?



Apakah nikmat yang segera di dunia kau dambakan?

 Kita , dalam melakar iman dalam kehidupan dunia, mengharapkan Allah SWT berikan kita kebaikan hidup dalam dunia. Kita solat dengan harapan solat itu memurahkan razeki kita. Kita hidup dalam taat dengan harapan agar tubuh sihat, keluarga bahagian dan kita disayangi manusia. Kita dambakan bermacam-macam nikmat duniawi.

Kita katakan bahawa nikmat duniawi itu adalah barang yang disegerakan Allah buat ornag yang beriman di dunia. Sementara di akhirat menanti nikmat yang lebih besar.

Kekadang, dalam beberapa kondisi, tampaklah ketamakan kita. Nikmat dunia pun mahu dan tak sanggup kehilangan. Sementara nikmat akhirat pula sangat diharapkan. 

Benarkah jalan yang kita tempuh?

Kita tidak bersedia susah dalam dunia dan kita mahu kesenangan di akhirat.

Ini adalah masalah hati dan perasaan. 

Orang yang bertasawwuf sangat mencermati hal ini.  

Imam Bukhari meriwayatkan hadis dalam sahehnya (hadis No.1274)


أن عبد الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أتي يَوْمًا بِطَعَامِهِ فَقَالَ:
قُتِلَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ وَكَانَ خَيْرًا مِنِّي فَلَمْ يُوجَدْ لَهُ مَا يُكَفَّنُ فِيهِ إِلَّا بُرْدَةٌ، وَقُتِلَ حَمْزَةُ، أَوْ رَجُلٌ آخَرُ، خَيْرٌ مِنِّي، فَلَمْ يُوجَدْ لَهُ مَا يُكَفَّنُ فِيهِ إِلَّا بُرْدَةٌ، لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ يَكُونَ قَدْ عُجِّلَتْ لَنَا طَيِّبَاتُنَا فِي حَيَاتِنَا الدُّنْيَا ثُمَّ جَعَلَ يَبْكِي


Dalam riwayat yang lain dalam Saheh Bukhari (No.4045) juga disebutkan perkataan Abdurrahman bin Auf:

وَقَدْ خَشِينَا أَنْ تَكُونَ حَسَنَاتُنَا عُجِّلَتْ لَنَا ثُمَّ جَعَلَ يَبْكِي حَتَّى تَرَكَ الطَّعَامَ 









Sedekah tidak kurangkan harta, jadilah pemaaf, tidak akan hina, rendahkan diri, nanti akan dimuliakan.

 Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah terdapat dalam saheh Muslim (No Hadis) 2588): Sabda Rasulullah SAW: ما نَقَصَتْ صَدَقةٌ مِن مالٍ، وما ...