Kamu seru ke arah kebaikan maupun kejahatan, kamu akan dapat habuannya.
Jika kamu seru ke arah baik , ornag ikut seruan kamu, kamu dapat pahala. Bukan sahaja pahala amalan dakwahmu itu tetapi pahala orang yang melakukan apa yang kamu seru itu. Sebanyak mana tingkat pelaksana seruan mu itu, generasi lepas segenari pahalamu berganda.
Hal yang sama juga difahami dalam kes sebaliknya. Kamu seru ke arah kejahatan, maka dosalah yang kamu dapat. ia berganda sebanyak mana ornag yang menuruti seruah jahatmu.
Disebutkan dalam hadis:
مَن دعا إلى هُدًى كان له مِن الأجرِ مِثْلُ أجورِ مَن تبِعهُ لا ينقُصُ ذلك مِن أجورِهم شيئًا، ومَن دعا إلى ضلالةٍ كان عليه مِن الإثمِ مِثْلُ آثامِ مَن تبِعهُ لا ينقُصُ ذلك مِن آثامِهم شيئًا.
الراوي : أبو هريرة | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود | الصفحة أو الرقم : 4609 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه [وقد قال في رسالته لأهل مكة كل ما سكت عنه فهو صالح] | التخريج : أخرجه مسلم (2674)
من دعا إلى هدى كان له مثل أجور متابعيه، أو إلى ضلالة كان عليه مثل آثام تابعيه، سواء كان ذلك الهدى والضلالة هو الذي ابتدأه أم كان مسبوقاً إليه، وسواء كان تعليم علم أو عبادة أو أدب أو غير ذلك.
- Kalau kamu buat amalan petunjuk atau sesat hanya ikut orang, lalu orang lain ikut kamu pula, kamu dapat juga dosa yang mengikutmu.
- Kamu mengajar dan orang ikut, kamu dapat bahagian pahala dan dosa yang mengikut ajaran kamu.
- Kamu buat ibadat dan orang contohi kamu, kamu dapat bahagian penurut atau yang mencontohi kamu. Maka pastikan ibadat kamu itu benar.
- kamu lakukan satu adab dan akhlak lalu jadi ikutan...juga ada perkiraan pahala dan dosanya.