Masalah hukum bersalaman dengan perempuan adalah antara perkara yang menjadi khilaf di kalangan ulama. Perbezaan itu adalah selepas kesepakatan dalam dua hal berikut:
1) Haram bersalaman dengan wanita ( kecuali isteri) dalam keadaan bersyahwat atau menimbulkan fitnah menurut ghalibuzzon. Hukum haram ini termasuklah juga bila ada syahwat ketika bersalaman dengan wanita yang mahram seperti anak tiri, menantu, ibu mentua dan saudara susuan.
2) Harus bersalaman dengan wanita tua (ajuz) yang tidak punya syahwat kepada lelaki. Demikian juga dengan lelaki tua (bagi perempuan ajnabinya) atau kanak-kanak yang belum baligh serta tidak punya keinginan.
Selain dua situasi di atas, para fuqaha berbeza pandangan. Perbezaan ini disebabkan cara dan pemahaman dalil yang berbeza:
1) Kalangan ulama yang mnewajibkan wanita menutup seluruh tubuh termasuk muka dan menganggap muka adalah aurat , sudah tentu mengambil jalan mengharamkan sentuhan kerana sentuhan adalah lebih berat daripada melihat kepada muka dan tangan yang ada pada peremouan ajnabi. Pandangan ini adalah minoriti
2) Kalangan yang mengatakan muka dan tangan bukan aurat berdasarkan ayat :
ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها
Maka hukum bersalaman ini dikhilafkan kalangan mereka.
1) Pandangan yang megharamkan
2) Pandangan yang mengharuskan:
- Sesiapa yang mendapat ujian perlunya bersalaman dengan perempuan, maka bolehlah dia mengambil pandangan yang mengharuskannya . Namun, keluar dari khilaf adalah lebih aula!
- Dinasihatkan kepada lelaki hendaklah jangan dia mulakan hulur tangan. Jika perempuan hulurkan tangan kepadanya, maka bolehlah dia menyambutnya dengan mengambil pandangan yang mengharuskannya.