- Di antara Usul Akidah kita adalah bahawa hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui perkara -perkara ghaib. Dia mengkhususkan dirinya sebagai 'Alimul ghaib'
- Jika ada selain Allah yang mengaku mempunyai pengetahuan mengenai hal-hail yang ghaib secara mutlak, maka itu menyalahi usul akidah kita.
- PEMBAHAGIAN PERKARA GHAIB:
- Ghaib Mutlak
- Ghaib Nisbi.
Iaitu perkara yang diketahui oleh sebahagian orang dengan jalan tertentu seperti apa yang para nabi tahu melalui jalan wahyu, ekperimen atau alat-alat moden. Sebahagian ornag tahu mengenainya dan sebahagian yang lain tidak tahu. Umapanya apa yang ada dalam paras bawah bumi, atau di atas angkasa.
Rujuk: Islamqa
- Allah berfirman dalam surah At-Tgahabun: 18:
عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
" Dialah Allah yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata an dialah yang maha mulia lagi bijaksana".
- Allah SWT menafikan selainNYa daripada mengatahui perkara yang ghaib. Firman Allah :
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
(An-Namlu: 65)
وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
(Al-An'am:59)
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
(Luqman: 34)
Para nabi dan Rasul yang mulia juga tidak mengetahuinya:
وَلاَ أَقُولُ لَكُمْ عِندِي خَزَآئِنُ اللّهِ وَلاَ أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلاَ أَقُولُ إِنِّي مَلَكٌ وَلاَ أَقُولُ لِلَّذِينَ تَزْدَرِي أَعْيُنُكُمْ لَن يُؤْتِيَهُمُ اللّهُ خَيْراً اللّهُ أَعْلَمُ بِمَا فِي أَنفُسِهِمْ إِنِّي إِذاً لَّمِنَ الظَّالِمِينَ
(Surah Hud : 31)
قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعاً وَلاَ ضَرّاً إِلاَّ مَا شَاء اللّهُ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاَسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَاْ إِلاَّ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
(Al-A'raf: 188)
Jin juga tidak mengetahui perkara ghaib. Jika ia seperti mengkhabarkan perkara ghaib, maka ia cuma apa yang ia curi cengar daripada perbicaraan malaikat dilangit. Selebihnya , jin banyak berdusta dalam meriwayatkan hal-hal ghaib. Firman Allah SWT:
إِلاَّ مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُّبِينٌ
(Surah Al-Hijr: 18)
Hadis Abdullah bin Mas'ud dna diriwayatkan Ahmad dalam Musnadnya, bahawa Nabi SAW bersabda:
من أتى كاهناً أو عرافاً فصدقه بما يقول ، فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم
No comments:
Post a Comment