Jamak solat dibenarkan kerana Hajat.Cuma tidak boleh dijadikan adat. Inilah satu pandangan yang diangkat dalam fatwa Misriyyah. Hanya, jika itu diperlukan, ianya hanya jamak solat yang dibenarkan jamak iaitu Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Insya. Ini tidak bermakna solat Rubaiyyah itu dibenarkan dilakukan dalam keadaan Qasar.
Rujuk: Darul Ifta Al-Misriyyah
Keuzuran untuk Jamak Solat di permukiman yang dittifaqkan olkeh para ulama adalah:
1) Sakit
2) Hujan
Sebahagian ulama mengharuskan jamak jika ada sebarang masyaqqah yang menghalang solat dilakukan pada waktunya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dalam Saheh Muslim, Ahmad , Abu Daud dan Tarmizi daripada Ibn Abbas :
جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ مِنْ غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا مَطَرٍ، فَقِيلَ لِابْنِ عَبَّاسٍ: مَا أَرَادَ إِلَى ذَلِكَ؟ قَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ
Rasulullah s.a.w. menggabungkan solat zuhur, asar, Maghrib dan Isya di Madinah bukan kerana rasa takut atau hujan, lalu dikatakan kepada Ibn Abbas: Apakah yang dia maksudkan dengan itu? Dia berkata: Dia tidak mahu menyulitkamn ummatnya.
Ibn Hajar menukilkan dalam Fathul Bari:
وَقَدْ ذَهَبَ جَمَاعَةٌ مِنَ الْأَئِمَّةِ إِلَى الْأَخْذِ بِظَاهِرِ هَذَا الْحَدِيثِ، فَجَوَّزُوا الْجَمْعَ فِي الْحَضَرِ لِلْحَاجَةِ مُطْلَقًا؛ لَكِنْ بِشَرْطِ أَنْ لَا يُتَّخَذَ ذَلِكَ عَادَةً، وَمِمَّنْ قَالَ بِهِ ابن سِيرِين وَرَبِيعَة وَأَشْهَب وابن الْمُنْذِرِ وَالْقَفَّالُ الْكَبِيرُ، وَحَكَاهُ الْخَطَّابِيُّ عَنْ جَمَاعَةٍ مِنْ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ ..
Sekumpulan imam berpandangan tentang maksud hadis ini dengan mengambil makna zahirnya lalu mereka mengharuskan jamak solat di permukiman untuk keperluan; Tetapi dengan syarat ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan, dan di antara mereka yang mengatakannya ialah Ibn Sirin, Rabi'ah, Ashhab, Ibn al-Mundhir, dan al-Qaffal al-Kabir, dan al-Khattabi meriwayatkannya daripada sekumpulan daripada Ahlul Hadis..
Saya pernah membuat keputusan untuk almarhumah ibu saya yang ketika sakitnya untuk solat jamak. Ia berlangsung lama kerana sakitnya agak lama. Ibu saya solat jamak di katilnya. Alhamdulillah, ibu saya tidak meninggalkan solat sehingga wafatnya.
Dalam beberapa kuliah, saya memberi huraian pandangan dengan membawa misalan dalam majlis kenduru walimatul urus. Jika tuan rumah penganmtin sibu menyambut tetamu, maka hendaklah dia jamak solatnya untuk memudahkannya.
Sewaktu saya mendaki gunung Tapis di Kuantan, saya tidak punya tempat untuk solat semasa pendaklian dan turun. Maka saya Jamak solat saya secara ta'khir apabila sampai di kekaki hgunung dan masih dalam waktu asar.
Contoh yang sering kita dengar adalah doktor bedah diharuskan menjamakkan solatnya kerana urusan pembedahan.
Sebenarnya, banyak contoh lain yang boleh dimisilkan. Hanya tuan punya badan yang tahu nilai masyaqqahnya. Maka atas prinsip:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
"Bertakwalah kepada Allah sedaya kamu"
Maka, lakukanlah solat sedaya kamu.Daya dan kemampuan kamu diputuskan oleh iman dan takwamu. Ia bukan mengikut penjelasan dan ukuran orang lain. Tidak mufti dan tidak guru. Skalipun nabi , dia tidak mengetahui tahap tenaga dan upayamu. Kamu sendirilah yang mengukurnya. Jika kamu ada masyqqah, maka aghama memberimu keringanan.
No comments:
Post a Comment