Friday, October 11, 2024

TUDUHAN-TUDUHAN KAUM KAFIR TERHADAP NABI MUHAMMAD

 Di antara tohmahan yang dilemparkan oleh orang kafir Makkah terhadap Nabi Muhamamd Sallallahau alaihi wasallam ialah mengenai Al-Quran. Mereka mendakwa Al-Quran bukan datang daripada Allah SWT., sebaliknya ia adalah bikinan Muhammad. Namun, oleh ekrana Muhamamd itu mereka kenali sejak kecil sebagai seorang yang ummi, maka mereka tambahkan dakwaan mereka dengan mengaitkan campurtangan pihak lain dalam pembikinan Al-Quran. 

Allah berfirman dalam Surah Al-Israk, ayat 4:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَٰذَا إِلَّا إِفْكٌ افْتَرَاهُ وَأَعَانَهُ عَلَيْهِ قَوْمٌ آخَرُونَ ۖ فَقَدْ جَاءُوا ظُلْمًا وَزُورًا (4)

Dan orang-orang kafir berkata: "Al Quran ini tidak lain hanyalah kebohongan yang diada-adakan oleh Muhammad dan dia dibantu oleh kaum yang lain"; maka sesungguhnya mereka telah berbuat suatu kezaliman dan dusta yang besar.


Muhammad dibantu oleh pihak lain untuk menghasilkan Al-Quran. Kata At-Tabari dalam Tafsirnya, memetik riwayat yang disandarkan kepada Mujahid, pihak lain yang dimaksudkan itu adalah orang-orang Yahudi. Orang Yahudi sering dirujuk oleh Orang-orang Makkah kerana mereka dikenali sebagai ahli dalam kitab. Kerana itu apabila Nabi Muhamamd datangd engan dakwaan menerima kitab, maka pada hemat mereka Muhammad SAW mendapat bantuan daripada golongan Yahudi.

Ibn Abbas mendetailkan lagi siapakah yang dimaksudkan kaum yang lain itu. Mereka adalah Abu Fukaihah yang merupakan hamba kepada Bani Al-Hadhrami dan juga 'Adas hamba Huwaitib bin Abdul Uzza serta Jabar hamba kepada Amir. Mereka bertiga adalah dari kalangan Ahli Kitab dan bila mereka masuk Islam , Nabi SAW membela mereka. Maka An-Nadhar bin Al-Harith mendakwa Nabi Muhammad SAW dibantu mereka untuk mereka kalam yang dikatakan Al-Quran.


Catatan: 

Abu Fukaihah, nama sebenarnya adalah Aflah dan dia merupakan hamba kepada Bani Abduddar. iaitu hamba kepada Sofwan bin Umayyah Al-Jamhi. Asalnya adalah dari kabilah Al-Azdi. Dia masuk Islam dan disiksa dengan siksaan yang teruk oleh Bani Abduddar.Hinggalah Abu Bakar membebaskannya. Dia antara yang ikut berhijrah ke Habsyah bagi rombongan kedua.

Adapun 'Adas itu, nama sebenarnya dikatakan Bal'am atau dikatakan juga namanya Ya'ish atau 'Ayish. Ada juga menyebut namanya sebagai Jabar Ar-Rumi. Dia berasal dari Rom dan merupakan seorang tukang besi di Kota Makkah. Dia adalah hamba kepada Utbah bin Rabi'ah.

No comments:

Post a Comment

Sedekah tidak kurangkan harta, jadilah pemaaf, tidak akan hina, rendahkan diri, nanti akan dimuliakan.

 Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah terdapat dalam saheh Muslim (No Hadis) 2588): Sabda Rasulullah SAW: ما نَقَصَتْ صَدَقةٌ مِن مالٍ، وما ...