التخريج : من أفراد البخاري على مسلم
Sesungguhnya Allah berfirman:
"Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya Aku telah mengisytiharkan perang terhadapnya.
Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu amalan yang lebih Aku cintai daripada amalan yang telah Aku fardukan ke atasnya.
Dan hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya.
Apabila Aku telah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memegang, dan kakinya yang dengannya dia berjalan.
Jika dia memohon kepada-Ku, pasti Aku akan memperkenankan permintaannya. Jika dia memohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku akan melindunginya.
Dan tidaklah Aku teragak-agak terhadap sesuatu yang Aku hendak lakukan sebagaimana teragak-agaknya Aku terhadap (mengambil) nyawa seorang mukmin. Dia tidak menyukai kematian, sedangkan Aku tidak menyukai sesuatu yang menyusahkannya."
PEMBAHAGIAN SOLAT SUNAT
1) Solat Sunat Rawatib- Solat Sunat yang mengikuti solat fardhu
a) Sunat Muakkad
i) Solat Sunat Witir ( Rujuk: shamela)
ii) Dua Rakaat Sunat Fajar
iii) Dua rakaat sebelum Zohor- Atau Jumaat-bagi mazhab Syafie)
iv) Dua Rakaat selepas Zohor
v) Dua Rakaat Lepas Maghrib
vi) Dua Rakaat lepas Isya'.
b) Sunat Ghairu Muakkad
i) Dua Rakaat Sebelum Zohor dan Dua rakaat selepas Zohor (Tambah bagi yang muakkad )- Boleh buat 4 rakaat sebelum atau selepas dengan satu salam. Boleh juga buat himpunkan 8 rakaat sunat Qabliah dan ba'diah selepas fardhu zohor. (Rujuk: shamela)
ii) 4 Rakaat sebelum Asar- Boleh buat dua kali salam atau satu kali salam.
iii) Dua Rakaat sebelum Maghrib
iv) Dua Rakaat Sebelum Isya'
2) SOLAT SUNAT YANG TIDAK MENGIKUTI SOLAT FARDHU
a) Solat yang disunatkan berjemaah
i) Solat Sunat 2 hari raya
ii)Solat Gerhana Matahari dan bulan(Rujuk :Shamela)
iii) Solat sunat istisqa( Minta hujan)
iv) Solat Sunat taraweh
b) Solat yang disunatkan bersendirian
i) Sunat Dhuha
ii) Sunat Awwabin-6 Rakaat selepas Maghrib sebelum isya'. Sekurangnya 2 rakaat. Boleh sampai 20 rakaat. Dinamakan juga solat sunat Ghaflah.
عن أبو هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من صلى بعد المغرب ست ركعات لم يتكلم بينهن بسوء عُدِلْن له بعبادة ثنتي عشرة سنة) (ابن ماجة ج ١/ كتاب إقامة الصلاة والسنة فيها باب ١١٣/١١٦٧)
No comments:
Post a Comment