Sunday, September 20, 2026

KULIAH MAGHRIB: TAFSIR SURAH QURAISY

SURAU TOK SARA

21/9/2026 (ISNIN)

Pendahuluan:


Sebelum ini kita menelaah surah Al-Fil. Surah Quraisy  datang sesudahnya. Ada pendapat daripada Ubay bin Ka'ab mengatakan bahawa dua surah ini adalah satu surah sahaja.  ia dapat difahami apabila dalam mashafnya dua surah itu tidak diceraikan dengan Bismillah.

Ubay bin Kaab adalah seorang sahabat Nabi SAW yang Bani An-Najar yang menghuni Kota Madinah. Bani An-Najjar dalah saudara mara Nabi SAW sebelah ibunya. Istilah Akhwal merujuk kepada saudara-suadara ibu, yakni yang menjadi pakcik makcik kita sebellah ibu kita. Mereka dinamakan Akhwal. Berbeza dengan sebelah bapa yang dinamaka 'Ammat.

Bagi Nabi SAW, ibu datuknya( Isteri Hashim)-Salma bt Amru,   adalah wanita daripada Bani An-Najjar.

Jadi hitungannya bermula daripada Abdul Mutalib. Saudara-saudara ibunya dari Bani An-Najjar dipanggil sebagai Akhwal baginya. Apabila mereka jadi Akhwal Abdul Mutalib, mereka juga Akhwal bagi cucunya iaitu Nabi Muhammad SAW.

Oleh kerana Ubay bin Kaab itu dari Bani An-Najjar, maka adalah hubungan dia dengan Nabi SAW atas nama Akhwal walaupun sudah bersimpang siur.

Dalam hadis nabi SAW menyatakan:

خير دور الأنصار بنو النجار
" Di Kalangan Ansor, Bani An-Najjar adalah yangh terbaik".

Ubay bin Kaab memeluk Islam ketika Perjanjian Aqabah kedua yang melibatkan Nabi SAW bersama 72 penduduk Madinah. Ibay ada di kalangan mereka itu.


Surah Al-Fil dan Quraisy adalah satu Surah 


Riwayat:

وقال سفيان بن عيينة : كان لنا إمام لا يفصل بينهما ، ويقرؤهما معا .

 

عمرو بن ميمون الأودي : صلينا المغرب خلف عمر بن الخطاب - رضي الله عنه - ; فقرأ في الأولى : والتين والزيتون وفي الثانية ألم تر كيف و لإيلاف قريش .


Siapakah Quraisy?

Khilaf kalangan ahli nasab:



Boleh rujuk perbahasan  di ASAL USUL BANGSA QURAISY



Kenapa dinamakan Quraisy?

1) Ia adalah gelaran yang diberikan keada Al-Nadhar bin Kinanah. dia bayak melakukan perniagaan sehingga menghimpukan banyak harta. Bekerja dan menghimpun harta -aktivitu itu dinamakan "At-taqrisy". Maka An-Nadhar diberi gelaran Quraisy kerana sifatnya itu.

2) Dikatakan juga Quraisy itu merujuk kepada anak-anak Fahar bin Malik bin An-Nadhar. Anaknya ada 3. Mereka berpisah dan kemduian berhimpun. Itu dinamakan taqarrush.

3) Ada yang mengatakan " berpisah dan berhimpun" itu merujuk kepada kejadian perhimpunan semula setelah berpisah yang berlaku di zaman Qusai bin Kilab.

4) Ada sejenis ikan yang dinamakan Ikan Al-Qirsh. Ia hidup di laut dan menguasai dan memangsai makhluk-makhluk laun yang lain. Maka kekuatan ikan itu disamakan dengan Quraisy yang kuat. Justeru dinamakan Qurasiy kerna persamaan sifat itu.


Riwayat tentang 7 kelebihan Qurasiy

" فضل الله قريشا بسبع خلال : أني منهم وأن النبوة فيهم ، والحجابة والسقاية فيهم ، وأن الله نصرهم على الفيل ، " فضل الله قريشا بسبع خلال : أني منهم وأن النبوة فيهم ، والحجابة والسقاية فيهم ، وأن الله نصرهم على الفيل ، وأنهم عبدوا الله عز وجل عشر سنين لا يعبده غيرهم ، وأن الله أنزل فيهم سورة من القرآن " ثم تلاها رسول الله : بسم الله الرحمن الرحيم " لإيلاف قريش إيلافهم رحلة الشتاء والصيف فليعبدوا رب هذا البيت الذي أطعمهم من جوع وآمنهم من خوف " 

، وأن الله أنزل فيهم سورة من القرآن " ثم تلاها رسول الله : بسم الله الرحمن الرحيم " لإيلاف قريش إيلافهم رحلة الشتاء والصيف فليعبدوا رب هذا البيت الذي أطعمهم من جوع وآمنهم من خوف " 


7 kelebihan bangsa Quraisy: 
  1. Nabi Muhammad daripada bangsa Quraisy
  2. Kenabian berada di kalangan mereka
  3. Hijabah
  4. Siqayah  (dua tugas menjaga Kaabah) ada di tangan mereka.
  5. Mereka ditolong Allah ketika diserang tentera bergajah
  6. Mereka menyembah Allah 10 tahun di kala mana bangsa lain tidak menyembah Allah.-maksudnya dalam tempoh 10 tahun awal dakwah nabi, hanya pengikut nabi yang majoritinya orang Quraisy yang menyembah Allah sedangkan bangsa-bangsa lain belum menerima islam.
  7. Allah turunkan satu surah dalam Quran menyebutkan tentang mereka.


Maksud Ilaf di awal Surah Quraisy itu ialah perkara yang jadui kebiasaan sehingga mudah dibuat.Ia merujuk kepada kebiasaan orang Qurasiy yang membuat perjalanan pada musim sejuk ke Yaman dan musim panas ke Syam. Perkara itu sukar untuk dilakukan. Ya...tinggal negeri pada musim sedemikian. Bagu duduk rumah membungkus ba badan. Tapi ia dilakukan Qurasiy dan akhirnya jadi tabiat dan kebiasaan. Sudah tak berat.

Pepatah Melayu kata: Alah bisa tegal biasa.

“Quraisy telah menjadikan perjalanan dagang itu suatu kebiasaan yang mapan — daripada sesuatu yang mungkin sukar pada awalnya, akhirnya menjadi rutin yang teratur dan aman.”

“Alah bisa tegal biasa; perjalanan musim sejuk dan musim panas yang berulang akhirnya menjadi adat dan kekuatan dagang Quraisy.”

Dalam bahasa Arab, keadaan sesuatu perbuatan yang menjadi biasa dan ia mudah jadi mudah dilakukan disebut dengan kalimah "ta'awwud". ( تعود  ) yang membawa maksud sesuatu yang menjadi adat kebiasaan.


Mereka patut sembah Tuhan Rumah Ini, yakni Ka'bah.

1) Kaum Quraisy menyembah berhala-berhala yang banyak di sekitar Kaabah. Tetapi mereka tahu Tuhan kabah adalah Tuhan sebanar. Berhala-brhala itu hanya wasilah dan mereka menyembahnya sebab nak menjadi dekat denbgan Tuahn Kaabah. Itulah namanya syirik.


2) Kewujudan Kaabah di Mekah jadikan Quraisy dimuliakan oleh masyarakat Arab sebab mereka adalah penjaga Kaabah.

Mereka yang jaga Kaabah dimuliakan oleh orang ramai. Macam sekarang ini, kerajaan Arfab Saudi jaga Dua tanah Haram. Mereka dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.


No comments:

Post a Comment

KULIAH MAGHRIB SIRI 3-ASRAMA SMK PEDU

Kuliah Maghrib  Tarikh: 23/9/2026 TAJUK: SOLAT TIANG AGAMA ISI-ISI: Syarat wajib Syarat sah rukun solat sunat-sunat perkara membatalkan S...